19 Dia berkata dalam hati, “Sekarang aku dapat berehat dan menikmati hasil jerih payahku.” Tetapi dia tidak tahu berapa lama lagi dia masih hidup sebelum dia mati dan harus meninggalkan hartanya bagi orang lain.
20 Jalankanlah tugasmu dengan setia dan hendaklah engkau tetap melakukan pekerjaanmu sehingga engkau tua.
21 Jangan cemburu dengan hasil pekerjaan orang yang berdosa. Lakukanlah tugasmu dengan setia dan percayalah kepada Tuhan. Hal itu demikian kerana Tuhan dengan mudah membuat orang miskin menjadi kaya dengan tiba-tiba.
22 Orang yang bertakwa menerima berkat Allah sebagai ganjaran, dan dalam sekejap mata Tuhan dapat membuat berkat mereka berkembang.
23 Jangan bertanya: Apa yang masih kuperlukan dan apa yang belum kumiliki?
24 Jangan pula berfikir bahawa engkau sudah berkecukupan dan tidak akan ditimpa bencana pada kemudian hari.
25 Pada waktu makmur orang lupa kesusahan mereka, dan pada waktu susah orang lupa kemakmuran mereka.