22 Orang yang bertakwa menerima berkat Allah sebagai ganjaran, dan dalam sekejap mata Tuhan dapat membuat berkat mereka berkembang.
23 Jangan bertanya: Apa yang masih kuperlukan dan apa yang belum kumiliki?
24 Jangan pula berfikir bahawa engkau sudah berkecukupan dan tidak akan ditimpa bencana pada kemudian hari.
25 Pada waktu makmur orang lupa kesusahan mereka, dan pada waktu susah orang lupa kemakmuran mereka.
26 Tentu mudah bagi Tuhan membalas manusia sesuai dengan perbuatan mereka pada hari terakhir mereka.
27 Pada saat itu semua perbuatan mereka tersingkap, dan satu jam kesusahan membuat mereka lupa akan segala kemewahan.
28 Jadi jangan anggap kehidupan seseorang itu berbahagia sebelum dia meninggal, kerana keperibadian manusia dikenali pada saat dia meninggal.