24 Jangan pula berfikir bahawa engkau sudah berkecukupan dan tidak akan ditimpa bencana pada kemudian hari.
25 Pada waktu makmur orang lupa kesusahan mereka, dan pada waktu susah orang lupa kemakmuran mereka.
26 Tentu mudah bagi Tuhan membalas manusia sesuai dengan perbuatan mereka pada hari terakhir mereka.
27 Pada saat itu semua perbuatan mereka tersingkap, dan satu jam kesusahan membuat mereka lupa akan segala kemewahan.
28 Jadi jangan anggap kehidupan seseorang itu berbahagia sebelum dia meninggal, kerana keperibadian manusia dikenali pada saat dia meninggal.
29 Jangan jemput setiap orang ke rumahmu, oleh sebab seorang yang cerdik banyak tipu muslihatnya.
30 Hati seorang yang bongkak seperti ayam hutan pemikat di dalam kurungan, atau seperti seorang pengintip yang menonton kejatuhanmu.