28 Jadi jangan anggap kehidupan seseorang itu berbahagia sebelum dia meninggal, kerana keperibadian manusia dikenali pada saat dia meninggal.
29 Jangan jemput setiap orang ke rumahmu, oleh sebab seorang yang cerdik banyak tipu muslihatnya.
30 Hati seorang yang bongkak seperti ayam hutan pemikat di dalam kurungan, atau seperti seorang pengintip yang menonton kejatuhanmu.
31 Dia menunggu kesempatan untuk memutarbalikkan yang baik menjadi jahat, dan untuk mencela perbuatan yang baik.
32 Sepercik bunga api dapat menyalakan arang, dan orang yang berdosa menunggu kesempatan untuk membunuh.
33 Waspadalah terhadap orang jahat kerana mereka merancangkan yang buruk-buruk; jangan sampai mereka memburukkan namamu untuk selama-lamanya.
34 Jika engkau menjamu orang asing di rumahmu, mereka akan mendatangkan masalah dan mengasingkan engkau daripada keluargamu.