1 Jika engkau berbuat baik, perhatikanlah untuk siapa perbuatan itu, maka engkau akan mendapat balas budi.
2 Berbuatlah baik kepada orang yang bertakwa, maka engkau akan mendapat balasan; kalau bukan daripada mereka, pasti daripada Tuhan Yang Maha Tinggi.
3 Orang yang terus-menerus berbuat jahat tidak akan menerima kebaikan, sama halnya dengan orang yang tidak mahu memberi sedekah.
4 Berilah kepada orang yang salih, tetapi jangan tolong orang yang berdosa.
5 Lakukanlah yang baik kepada orang yang rendah hati, tetapi jangan beri apa-apa kepada orang jahat. Jangan beri mereka makan, supaya mereka tidak menjadi lebih kuat daripada engkau. Hal itu demikian kerana semua kebaikanmu terhadap mereka akan dibalas oleh mereka dengan kejahatan dua kali lipat.
6 Allah Yang Maha Tinggi pun membenci orang yang berdosa, dan Dia akan menghukum mereka.
7 Jadi berilah kepada orang baik, tetapi jangan tolong orang yang berdosa.