4 Berilah kepada orang yang salih, tetapi jangan tolong orang yang berdosa.
5 Lakukanlah yang baik kepada orang yang rendah hati, tetapi jangan beri apa-apa kepada orang jahat. Jangan beri mereka makan, supaya mereka tidak menjadi lebih kuat daripada engkau. Hal itu demikian kerana semua kebaikanmu terhadap mereka akan dibalas oleh mereka dengan kejahatan dua kali lipat.
6 Allah Yang Maha Tinggi pun membenci orang yang berdosa, dan Dia akan menghukum mereka.
7 Jadi berilah kepada orang baik, tetapi jangan tolong orang yang berdosa.
8 Pada masa kesejahteraan, sukar mengetahui siapa sahabat yang sejati, tetapi pada masa kesusahan mudah mengenali musuh.
9 Waktu seseorang sejahtera, musuh-musuhnya sakit hati; tetapi waktu dia susah, kawan-kawannya pun meninggalkan dia.
10 Jangan sekali-kali percaya kepada musuh, oleh sebab kejahatan mereka merosakkan seperti karat.