1 Orang yang menyentuh tar mendapat noda, dan orang yang bergaul dengan orang bongkak menjadi seperti mereka.
2 Jangan angkat beban yang terlalu berat bagimu, dan jangan bergaul dengan orang yang lebih kaya dan lebih berkuasa daripada engkau. Periuk tanah jangan disimpan dekat dengan kuali besi, kerana kalau terantuk, pasti periuk tanah itu pecah.
3 Orang kaya berbuat tidak adil, tetapi masih juga mencaci maki. Seorang miskin menderita ketidakadilan, tetapi masih harus minta maaf.
4 Jika engkau bermanfaat, engkau digunakan oleh orang yang kaya; tetapi jika engkau memerlukan bantuan mereka, mereka meninggalkan engkau.
5 Apabila engkau mempunyai harta, orang kaya akan tinggal bersamamu dan mengeruk kekayaanmu tanpa berusaha sendiri.