11 Jangan anggap dirimu setara dengan orang yang berkuasa itu. Jangan pula percaya segala katanya, kerana dengan cakap banyak dia mahu menguji engkau dan dengan senyumnya dia memancing engkau.
12 Sungguh kejam orang yang tidak menyimpan rahsiamu; dia tidak segan melukai atau memenjara engkau.
13 Simpanlah rahsiamu di dalam hati dan waspadalah, oleh sebab engkau berjalan di kawasan yang berbahaya.
15 Setiap makhluk lebih menyukai jenisnya dan manusia menyukai sesama mereka.
16 Seperti binatang bergabung dengan jenisnya, begitu juga manusia bersahabat dengan orang yang seperti mereka.
17 Seperti serigala tidak dapat berkawan dengan anak domba, begitu juga orang yang berdosa tidak dapat bersahabat dengan orang yang salih.
18 Anjing hutan tidak dapat berdamai dengan anjing jinak; begitu juga orang kaya tidak dapat berdamai dengan orang miskin.