3 Orang kaya berbuat tidak adil, tetapi masih juga mencaci maki. Seorang miskin menderita ketidakadilan, tetapi masih harus minta maaf.
4 Jika engkau bermanfaat, engkau digunakan oleh orang yang kaya; tetapi jika engkau memerlukan bantuan mereka, mereka meninggalkan engkau.
5 Apabila engkau mempunyai harta, orang kaya akan tinggal bersamamu dan mengeruk kekayaanmu tanpa berusaha sendiri.
6 Apabila seseorang kaya memerlukan engkau, dia memperdayakan engkau dengan tersenyum-senyum dan memberi harapan kepadamu. Dengan ramah dia bertanya, “Apa yang kauperlukan?”
7 Dia melimpahi engkau dengan makanan sampai engkau berasa malu. Akhirnya, sesudah merampasi engkau dua atau tiga kali, dia mencemuh engkau. Kemudian, apabila engkau bertemu dengan dia, dia tidak mahu mengenali engkau dan lewat begitu sahaja.
8 Waspadalah, jangan sampai engkau ditipu dan dihina kerana kebodohanmu.
9 Jika engkau diundang ke rumah seorang yang berkuasa, hendaklah engkau tahu diri. Maka engkau akan lebih sering diundang olehnya.