9 Jika engkau diundang ke rumah seorang yang berkuasa, hendaklah engkau tahu diri. Maka engkau akan lebih sering diundang olehnya.
10 Jangan tonjolkan diri supaya engkau tidak ditolak, tetapi jangan pula terlalu menjauh, nanti engkau dilupakan.
11 Jangan anggap dirimu setara dengan orang yang berkuasa itu. Jangan pula percaya segala katanya, kerana dengan cakap banyak dia mahu menguji engkau dan dengan senyumnya dia memancing engkau.
12 Sungguh kejam orang yang tidak menyimpan rahsiamu; dia tidak segan melukai atau memenjara engkau.
13 Simpanlah rahsiamu di dalam hati dan waspadalah, oleh sebab engkau berjalan di kawasan yang berbahaya.
15 Setiap makhluk lebih menyukai jenisnya dan manusia menyukai sesama mereka.
16 Seperti binatang bergabung dengan jenisnya, begitu juga manusia bersahabat dengan orang yang seperti mereka.