1 Berbahagialah seorang yang tidak pernah bercakap sembarangan, oleh sebab dia tidak usah berasa susah kerana dosanya.
2 Berbahagialah seorang yang tidak dipersalahkan oleh suara hatinya dan yang tidak pernah kehilangan harapannya.
3 Tidak patut apabila seorang kikir menjadi kaya. Apa gunanya harta benda bagi orang yang terlalu kedekut?
4 Barang siapa menimbun harta sehingga merugikan dirinya sendiri, sesungguhnya orang itu mengumpulkan kekayaan untuk orang lain. Hal itu demikian kerana kekayaanmu akan digunakan oleh orang lain untuk hidup dengan mewah.
5 Bagaimanakah seseorang bermurah hati terhadap orang lain jika dia keras terhadap diri sendiri? Padahal dia tidak dapat menikmati hartanya sendiri.
6 Siapa yang lebih malang daripada seorang yang kikir terhadap dirinya sendiri? Itulah hukuman bagi kejahatannya.