11 Anakku, sekadar kemampuanmu peliharalah dirimu dengan baik-baik, tetapi bawalah juga persembahan yang patut bagi Tuhan.
12 Ingatlah bahawa suatu hari engkau akan mati dan engkau tidak diberitahu bila saatnya.
13 Sebelum hari itu tiba hendaklah engkau berbuat baik kepada sahabat-sahabatmu, dan berilah mereka menurut kemampuanmu.
14 Jangan tolak kesenangan yang sekarang dan jangan kekang keinginan yang baik,
15 kerana nanti segala hasil kerjamu mesti kautinggalkan dan hasil jerih payahmu dibahagikan kepada orang lain.
16 Jadi hendaklah engkau memberi, menerima, dan bersenang-senang, oleh sebab di dunia orang mati tidak ada lagi yang dapat dinikmati.
17 Manusia menjadi usang seperti sepotong baju dan menurut ketetapan kekal, kita semua harus mati.