13 Sebelum hari itu tiba hendaklah engkau berbuat baik kepada sahabat-sahabatmu, dan berilah mereka menurut kemampuanmu.
14 Jangan tolak kesenangan yang sekarang dan jangan kekang keinginan yang baik,
15 kerana nanti segala hasil kerjamu mesti kautinggalkan dan hasil jerih payahmu dibahagikan kepada orang lain.
16 Jadi hendaklah engkau memberi, menerima, dan bersenang-senang, oleh sebab di dunia orang mati tidak ada lagi yang dapat dinikmati.
17 Manusia menjadi usang seperti sepotong baju dan menurut ketetapan kekal, kita semua harus mati.
18 Seperti pada pokok yang rendang, ada daun yang luruh dan ada daun yang tumbuh, begitu juga pada bangsa manusia: yang satu mati, yang lain lahir.
19 Semua buatan manusia akan rosak dan binasa bersama-sama dengan pembuatnya.