7 Bahkan kalau dia berbuat baik, perbuatan itu dibuat dengan tidak sengaja. Lambat laun kekikirannya akan nampak juga.
8 Orang yang iri hati ialah orang jahat; mereka membuang muka dan memandang rendah orang lain.
9 Seorang yang serakah tidak pernah puas dengan miliknya. Keserakahan membuat orang berjiwa kerdil.
10 Seorang yang kikir begitu hemat, sehingga tidak ada cukup makanan di mejanya.
11 Anakku, sekadar kemampuanmu peliharalah dirimu dengan baik-baik, tetapi bawalah juga persembahan yang patut bagi Tuhan.
12 Ingatlah bahawa suatu hari engkau akan mati dan engkau tidak diberitahu bila saatnya.
13 Sebelum hari itu tiba hendaklah engkau berbuat baik kepada sahabat-sahabatmu, dan berilah mereka menurut kemampuanmu.