1 Jangan inginkan banyak anak yang nakal dan jangan bergembira kerana anak yang derhaka.
2 Biarpun anakmu banyak, jangan banggakan jumlahnya kalau mereka tidak takut kepada Tuhan
3 Jangan taruh harapanmu pada umur panjang mereka, dan jangan pula harapkan bilangan anak yang banyak. Lebih baik mempunyai seorang anak daripada seribu, dan lebih baik mati tanpa anak daripada mempunyai anak yang derhaka.
4 Oleh sebab seorang yang arif, penduduk kota dapat bertambah banyak, tetapi bangsa yang derhaka akan habis binasa.
5 Hal seperti itu sering saya lihat, bahkan hal yang lebih hebat lagi saya dengar.
6 Api akan berkobar-kobar di tengah kumpulan orang yang berdosa dan kemurkaan Tuhan menyala antara bangsa yang tidak taat.