17 Jangan berkata, “Aku akan bersembunyi daripada Allah. Di atas sana tidak ada sesiapa yang memikirkan aku. Aku tidak akan dikenali di kalangan sekian banyak orang. Aku tidak bererti di dalam ciptaan yang tidak terhingga ini.”
18 Apabila Tuhan datang, segala sesuatu akan goncang: bumi dan samudera yang luas di bawahnya, langit dan angkasa raya di atasnya.
19 Gunung-gunung bergoncang dan dasar-dasar bumi gementar apabila dipandang Tuhan.
20 Tetapi semua itu tidak terfikir oleh manusia dan tidak ada yang memperhatikan jalan-jalan Tuhan.
21 Kebanyakan karya Tuhan tersembunyi seperti angin taufan yang tidak kelihatan oleh manusia.
22 “Siapa mahu memberitakan perbuatan-perbuatan Tuhan yang adil dan siapa masih mahu menantikan-Nya? Hal itu demikian kerana lambat sekali Tuhan melaksanakan apa yang dijanjikan-Nya.”
23 Begitulah fikiran orang yang cetek pengetahuannya, bodoh, dan tersesat.