5 Hal seperti itu sering saya lihat, bahkan hal yang lebih hebat lagi saya dengar.
6 Api akan berkobar-kobar di tengah kumpulan orang yang berdosa dan kemurkaan Tuhan menyala antara bangsa yang tidak taat.
7 Pada zaman purba Tuhan tidak mengampuni raksasa-raksasa yang bergantung kepada kekuatan mereka sendiri dan yang memberontak terhadap-Nya.
8 Dia membenci kebongkakan orang yang hidup sekota dengan Lot dan Dia tidak mengasihani mereka.
9 Bangsa yang berdosa itu tidak disayangi-Nya, melainkan dimusnahkan-Nya kerana dosa mereka.
10 Begitu juga nasib 600,000 orang dalam perjalanan di padang gurun yang dengan degil berkumpul untuk memberontak.
11 Bahkan sekiranya ada seorang sahaja yang degil, sungguh suatu keajaiban kalau dia terlepas daripada hukuman. Tuhan penuh belas kasihan, tetapi juga dapat menjadi murka. Dia berkuasa untuk memberi ampun, tetapi juga menimpakan kemurkaan-Nya.