19 Belajarlah sebelum bercakap dan jagalah kesihatanmu sebelum jatuh sakit.
20 Periksalah batinmu sebelum engkau diadili Tuhan, supaya apabila saat itu tiba engkau mendapat pengampunan.
21 Rendahkanlah dirimu sebelum engkau dihukum dengan penyakit. Apabila engkau berdosa, nyatakanlah bahawa engkau bertaubat.
22 Jika engkau membuat janji kepada Tuhan, penuhilah janji itu tepat pada waktunya dan jangan tundanya hingga engkau mati.
23 Tetapi sebelum membuat janji, bersiaplah untuk menepatinya dan jangan cubai kesabaran Tuhan.
24 Ingatlah akan kemurkaan Tuhan pada hari kematianmu dan akan pembalasan-Nya pada saat Dia membelakangi engkau.
25 Pada waktu engkau kaya dan berkelimpahan, ingatlah akan masa kelaparan dan kemiskinan.