21 Rendahkanlah dirimu sebelum engkau dihukum dengan penyakit. Apabila engkau berdosa, nyatakanlah bahawa engkau bertaubat.
22 Jika engkau membuat janji kepada Tuhan, penuhilah janji itu tepat pada waktunya dan jangan tundanya hingga engkau mati.
23 Tetapi sebelum membuat janji, bersiaplah untuk menepatinya dan jangan cubai kesabaran Tuhan.
24 Ingatlah akan kemurkaan Tuhan pada hari kematianmu dan akan pembalasan-Nya pada saat Dia membelakangi engkau.
25 Pada waktu engkau kaya dan berkelimpahan, ingatlah akan masa kelaparan dan kemiskinan.
26 Keadaan dapat berubah dalam waktu satu hari sahaja. Semuanya berlangsung dengan cepat di hadapan Tuhan.
27 Orang bijaksana berhati-hati dalam semua perbuatan mereka. Di tengah-tengah orang yang berdosa mereka berwaspada supaya tidak berbuat salah.