11 Orang bodoh yang mahu menyimpan rahsia menderita seperti seorang wanita yang sakit bersalin.
12 Suatu berita dalam hati orang bodoh seperti anak panah yang menancap di kaki mereka.
13 Jika engkau mendengar bahawa sahabatmu telah berbuat salah, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu tidak benar. Tetapi kalau benar, dia tidak akan melakukannya lagi.
14 Jika engkau mendengar bahawa jiranmu telah mengatakan sesuatu yang tidak baik, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu tidak benar. Tetapi kalau benar, dia tidak akan mengatakannya lagi.
15 Jika engkau mendengar sesuatu yang buruk tentang kawanmu, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu fitnah. Jangan percaya segala sesuatu yang kaudengar.
16 Boleh jadi seseorang salah cakap dan bukan hal itu yang dimaksudkannya. Siapa antara kita tidak pernah bersalah dengan lidahnya?
17 Jika engkau mendengar sesuatu yang buruk tentang sesamamu, tanyakanlah kepadanya sebelum engkau mengancam dia. Biarlah perkara itu sesuai dengan hukum Allah Yang Maha Tinggi.