13 Jika engkau mendengar bahawa sahabatmu telah berbuat salah, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu tidak benar. Tetapi kalau benar, dia tidak akan melakukannya lagi.
14 Jika engkau mendengar bahawa jiranmu telah mengatakan sesuatu yang tidak baik, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu tidak benar. Tetapi kalau benar, dia tidak akan mengatakannya lagi.
15 Jika engkau mendengar sesuatu yang buruk tentang kawanmu, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu fitnah. Jangan percaya segala sesuatu yang kaudengar.
16 Boleh jadi seseorang salah cakap dan bukan hal itu yang dimaksudkannya. Siapa antara kita tidak pernah bersalah dengan lidahnya?
17 Jika engkau mendengar sesuatu yang buruk tentang sesamamu, tanyakanlah kepadanya sebelum engkau mengancam dia. Biarlah perkara itu sesuai dengan hukum Allah Yang Maha Tinggi.
20 Seluruh kebijaksanaan sama dengan ketakutan kepada Tuhan dan mencakup pelaksanaan hukum Tuhan.
22 Orang tidak menjadi bijaksana dengan mengenal yang jahat, dan orang yang berhati-hati tidak mengikut nasihat orang yang berdosa.