23 Ada kepintaran yang digunakan untuk maksud jahat, dan ada orang bodoh yang kurang bijaksana.
24 Lebih baik menjadi kurang pandai tetapi bertakwa, daripada sangat pintar tetapi menjadi pelanggar hukum.
25 Ada orang yang pintar dan teliti tetapi tidak adil, dan ada pula yang memutarbalikkan kebaikan untuk memenangkan perkaranya.
26 Ada seorang penjahat yang berjalan membongkok dengan muka sedih, tetapi hatinya penuh penipuan.
27 Dia memalingkan mukanya dan pura-pura tidak mendengar, tetapi tanpa diketahui dia mengambil keuntungan daripadamu.
28 Kalau kerana suatu hal dia terhalang untuk berdosa pada saat ini, dia akan melakukannya dengan segera apabila ada kesempatan.
29 Seorang dikenal daripada rupa lahirnya, dan orang bijaksana dikenal daripada air muka mereka.