3 Akhirnya sikap yang kurang berhati-hati membawa mereka kepada maut dan badan mereka yang membusuk menjadi makanan cacing.
4 Bodohlah orang yang terlalu cepat percaya kepada orang lain. Orang yang berdosa merugikan diri sendiri.
5 Orang yang suka berbuat jahat akan dihukum.
6 Orang yang benci mengumpat terhindar daripada kesukaran.
7 Jangan sebarkan apa yang dikatakan kepada kamu, maka engkau tidak akan menyesal.
8 Jangan ceritakannya kepada kawan mahupun lawan, kecuali kalau dengan berdiam diri engkau berdosa.
9 Hal itu demikian kerana orang yang mendengar cakapan itu akan berhati-hati terhadap engkau, dan pada suatu saat akan membenci engkau.