5 Orang yang suka berbuat jahat akan dihukum.
6 Orang yang benci mengumpat terhindar daripada kesukaran.
7 Jangan sebarkan apa yang dikatakan kepada kamu, maka engkau tidak akan menyesal.
8 Jangan ceritakannya kepada kawan mahupun lawan, kecuali kalau dengan berdiam diri engkau berdosa.
9 Hal itu demikian kerana orang yang mendengar cakapan itu akan berhati-hati terhadap engkau, dan pada suatu saat akan membenci engkau.
10 Jika engkau mendengar khabar angin, simpanlah dalam hati sampai engkau mati. Jangan khuatir, engkau tidak akan meledak kerananya.
11 Orang bodoh yang mahu menyimpan rahsia menderita seperti seorang wanita yang sakit bersalin.