9 Hal itu demikian kerana orang yang mendengar cakapan itu akan berhati-hati terhadap engkau, dan pada suatu saat akan membenci engkau.
10 Jika engkau mendengar khabar angin, simpanlah dalam hati sampai engkau mati. Jangan khuatir, engkau tidak akan meledak kerananya.
11 Orang bodoh yang mahu menyimpan rahsia menderita seperti seorang wanita yang sakit bersalin.
12 Suatu berita dalam hati orang bodoh seperti anak panah yang menancap di kaki mereka.
13 Jika engkau mendengar bahawa sahabatmu telah berbuat salah, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu tidak benar. Tetapi kalau benar, dia tidak akan melakukannya lagi.
14 Jika engkau mendengar bahawa jiranmu telah mengatakan sesuatu yang tidak baik, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu tidak benar. Tetapi kalau benar, dia tidak akan mengatakannya lagi.
15 Jika engkau mendengar sesuatu yang buruk tentang kawanmu, tanyakanlah kepadanya. Barangkali hal itu fitnah. Jangan percaya segala sesuatu yang kaudengar.