13 Malanglah orang yang tawar hati kerana tidak percaya, kerana mereka tidak akan mendapat perlindungan.
14 Malanglah kamu kalau tidak tabah. Apakah yang akan kamu lakukan pada waktu Tuhan datang menguji kamu?
15 Orang yang takut kepada Tuhan tidak melanggar perintah-Nya, dan yang mencintai Tuhan hidup menurut kehendak Tuhan.
16 Orang yang takut kepada Tuhan berusaha untuk menyenangkan hati-Nya, dan yang mencintai-Nya, diresapi oleh Taurat.
17 Orang yang takut kepada Tuhan selalu bersiap sedia untuk mengabdi kepada-Nya. Mereka merendahkan diri di hadapan-Nya dan berkata,
18 “Kami serahkan nasib kami ke dalam tangan Tuhan, dan bukan ke dalam tangan manusia, oleh sebab belas kasihan Tuhan sama besarnya dengan kemuliaan-Nya.”