4 Terimalah apa sahaja yang menimpa dirimu, dan hendaklah engkau sabar, sekalipun engkau dihina,
5 oleh sebab emas diuji dalam api, dan orang yang dikasihi Tuhan diuji dalam api penghinaan.
6 Percayalah kepada Tuhan, maka Dia akan menolong engkau. Luruskanlah jalan hidupmu dan berharaplah kepada-Nya.
7 Kamu yang takut kepada Tuhan, nantikanlah belas kasihan-Nya. Janganlah berpaling daripada-Nya supaya kamu tidak jatuh.
8 Kamu yang takut kepada Tuhan, percayalah kepada-Nya. Pasti kamu mendapat ganjaran.
9 Kamu yang takut kepada Tuhan, harapkanlah kesejahteraan, belas kasihan, dan sukacita yang kekal.
10 Ingatlah akan generasi yang terdahulu dan perhatikanlah hal ini: adakah Tuhan pernah mengecewakan orang yang berharap kepada-Nya? Pernahkah Tuhan meninggalkan orang yang tetap menghormati-Nya? Pernahkah Tuhan mengabaikan orang yang berdoa kepada-Nya?