7 Kamu yang takut kepada Tuhan, nantikanlah belas kasihan-Nya. Janganlah berpaling daripada-Nya supaya kamu tidak jatuh.
8 Kamu yang takut kepada Tuhan, percayalah kepada-Nya. Pasti kamu mendapat ganjaran.
9 Kamu yang takut kepada Tuhan, harapkanlah kesejahteraan, belas kasihan, dan sukacita yang kekal.
10 Ingatlah akan generasi yang terdahulu dan perhatikanlah hal ini: adakah Tuhan pernah mengecewakan orang yang berharap kepada-Nya? Pernahkah Tuhan meninggalkan orang yang tetap menghormati-Nya? Pernahkah Tuhan mengabaikan orang yang berdoa kepada-Nya?
11 Tuhan penyayang dan berbelas kasihan; Dia mengampunkan dosa dan menyelamatkan kita pada waktu kesukaran.
12 Tetapi malanglah orang yang ragu-ragu dan lemah. Malanglah orang yang berdosa dan yang tidak jujur.
13 Malanglah orang yang tawar hati kerana tidak percaya, kerana mereka tidak akan mendapat perlindungan.