9 Kamu yang takut kepada Tuhan, harapkanlah kesejahteraan, belas kasihan, dan sukacita yang kekal.
10 Ingatlah akan generasi yang terdahulu dan perhatikanlah hal ini: adakah Tuhan pernah mengecewakan orang yang berharap kepada-Nya? Pernahkah Tuhan meninggalkan orang yang tetap menghormati-Nya? Pernahkah Tuhan mengabaikan orang yang berdoa kepada-Nya?
11 Tuhan penyayang dan berbelas kasihan; Dia mengampunkan dosa dan menyelamatkan kita pada waktu kesukaran.
12 Tetapi malanglah orang yang ragu-ragu dan lemah. Malanglah orang yang berdosa dan yang tidak jujur.
13 Malanglah orang yang tawar hati kerana tidak percaya, kerana mereka tidak akan mendapat perlindungan.
14 Malanglah kamu kalau tidak tabah. Apakah yang akan kamu lakukan pada waktu Tuhan datang menguji kamu?
15 Orang yang takut kepada Tuhan tidak melanggar perintah-Nya, dan yang mencintai Tuhan hidup menurut kehendak Tuhan.