10 Menerangkan sesuatu kepada orang bodoh sama dengan bercakap kepada seorang yang mengantuk. Akhirnya dia akan bertanya, “Ada apa?”
11 Tangisilah orang mati kerana mereka tidak lagi melihat terang; tangisilah orang bodoh kerana mereka kurang berakal. Tidak perlu terlalu bersedih kerana orang mati oleh sebab mereka sudah mendapat ketenteraman. Tetapi hidup orang bodoh lebih buruk daripada kematian.
12 Orang berkabung selama tujuh hari bagi orang mati. Tetapi orang berkabung seumur hidup bagi orang bodoh dan orang jahat.
13 Jangan kunjungi orang bodoh dan jangan bercakap lama-lama dengan mereka. Berhati-hatilah terhadap mereka dan jangan sampai engkau disusahkan dan dicemarkan oleh mereka. Jauhilah mereka, maka engkau mendapat ketenteraman dan tidak diganggu oleh kebebalan mereka.
14 Orang seperti itu merupakan beban yang lebih berat daripada timah hitam. Julukan yang tepat baginya ialah “si tolol”.
15 Lebih mudah memikul pasir, garam, dan besi daripada bergaul dengan orang bodoh.
16 Alang yang dipasang dengan kukuh dalam bangunan, tidak dapat digoyahkan oleh gempa bumi. Begitu juga orang yang bersandar pada fikiran yang matang tidak akan bimbang dalam keadaan yang genting sekalipun.