14 Orang seperti itu merupakan beban yang lebih berat daripada timah hitam. Julukan yang tepat baginya ialah “si tolol”.
15 Lebih mudah memikul pasir, garam, dan besi daripada bergaul dengan orang bodoh.
16 Alang yang dipasang dengan kukuh dalam bangunan, tidak dapat digoyahkan oleh gempa bumi. Begitu juga orang yang bersandar pada fikiran yang matang tidak akan bimbang dalam keadaan yang genting sekalipun.
17 Fikiran yang didasarkan atas akal yang sihat seperti hiasan turap pada dinding yang rata.
18 Batu-batu kecil yang diletakkan di atas tembok tidak bertahan kalau ditiup angin. Begitu juga orang yang takut kerana fikiran yang bodoh tidak bertahan dalam keadaan yang mengerikan.
19 Kalau mata disentuh keluarlah air mata, dan kalau hati disentuh timbullah perasaannya.
20 Orang yang melemparkan batu kepada burung menghalaunya; orang yang mencela kawan memutuskan persahabatan.