1-2 Seorang pemalas sama dengan kotoran; dia menjijikkan dan tidak ada yang mahu mendekatinya.
3 Apabila mempunyai anak yang tidak terdidik, hal itu memalukan seorang bapa, dan kelahiran seorang anak perempuan merupakan suatu kerugian.
4 Seorang gadis yang berbudi akan mendapat suami, tetapi seorang gadis yang tidak tahu malu menyusahkan bapanya.
5 Seorang wanita yang kurang ajar memalukan bapanya dan suaminya, dan tidak dihargai oleh kedua-duanya.
6 Kemarahan pada saat yang tidak tepat sama dengan bermain muzik bagi orang yang sedang berkabung. Mendidik dengan pukulan selalu merupakan tindakan yang bijaksana.
9 Mengajar orang bodoh sama dengan melekat kembali periuk yang pecah atau membangunkan orang daripada tidur nyenyak.
10 Menerangkan sesuatu kepada orang bodoh sama dengan bercakap kepada seorang yang mengantuk. Akhirnya dia akan bertanya, “Ada apa?”