1-2 Seorang pemalas sama dengan kotoran; dia menjijikkan dan tidak ada yang mahu mendekatinya.
3 Apabila mempunyai anak yang tidak terdidik, hal itu memalukan seorang bapa, dan kelahiran seorang anak perempuan merupakan suatu kerugian.
4 Seorang gadis yang berbudi akan mendapat suami, tetapi seorang gadis yang tidak tahu malu menyusahkan bapanya.
5 Seorang wanita yang kurang ajar memalukan bapanya dan suaminya, dan tidak dihargai oleh kedua-duanya.
6 Kemarahan pada saat yang tidak tepat sama dengan bermain muzik bagi orang yang sedang berkabung. Mendidik dengan pukulan selalu merupakan tindakan yang bijaksana.