23 Jadilah orang kepercayaan jiranmu pada waktu dia miskin, maka engkau dapat bergembira bersama dia pada waktu dia makmur. Dampingilah dia dalam kesusahan, maka engkau mendapat bahagian dalam warisannya.
24 Seperti wap dan asap mendahului api, begitu juga penghinaan mendahului penumpahan darah.
25 Aku tidak malu melindungi kawan dan tidak akan bersembunyi kalau dia memerlukan bantuanku.
26 Tetapi kalau aku ditimpa kemalangan kerana dia, setiap orang yang mendengarnya akan berwaspada terhadapnya.
27 Semoga mulutku dijaga dan bibirku dimeterai dengan kebijaksanaan. Maka aku akan terhindar daripada membuat kesalahan dan tidak akan celaka kerana ucapan lidahku.