15 Seorang yang sudah biasa menggunakan bahasa yang tidak senonoh tidak dapat diperbaiki seumur hidupnya.
16 Ada banyak cara untuk menambah dosa, tetapi yang satu ini mendatangkan kemurkaan Tuhan. Nafsu berahi seperti api yang berkobar-kobar dan tidak dapat dipadamkan sehingga habis. Seorang yang berbuat cabul dengan hawa nafsu yang kuat tidak akan berhenti sehingga api itu membakarnya.
17 Bagi seorang penggoda, setiap wanita menimbulkan nafsu berahi dan selama hidupnya, dia tidak dapat dipuaskan.
18 Seorang suami yang berzina berfikir, “Siapa yang melihat aku? Di sini gelap; aku dilindungi tembok dan tiada yang melihat. Tak usah takut. Yang Maha Tinggi pun tidak menghiraukan dosaku.”
19 Orang itu hanya takut dilihat manusia. Dia tidak sedar bahawa mata Tuhan sepuluh ribu kali lebih terang daripada matahari. Tuhan melihat segala perbuatan manusia dan mata-Nya menembus hingga ke sudut yang paling tersembunyi.
20 Dia tahu segala-galanya, sebelum dan sesudah menciptakannya.
21 Orang yang berdosa itu akan ditangkap pada saat yang tidak disangka-sangka dan dihukum di hadapan umum.