17 Bagi seorang penggoda, setiap wanita menimbulkan nafsu berahi dan selama hidupnya, dia tidak dapat dipuaskan.
18 Seorang suami yang berzina berfikir, “Siapa yang melihat aku? Di sini gelap; aku dilindungi tembok dan tiada yang melihat. Tak usah takut. Yang Maha Tinggi pun tidak menghiraukan dosaku.”
19 Orang itu hanya takut dilihat manusia. Dia tidak sedar bahawa mata Tuhan sepuluh ribu kali lebih terang daripada matahari. Tuhan melihat segala perbuatan manusia dan mata-Nya menembus hingga ke sudut yang paling tersembunyi.
20 Dia tahu segala-galanya, sebelum dan sesudah menciptakannya.
21 Orang yang berdosa itu akan ditangkap pada saat yang tidak disangka-sangka dan dihukum di hadapan umum.
22 Begitu juga seorang wanita yang tidak setia kepada suaminya dan memberi dia anak daripada lelaki lain.
23 Pertama, wanita itu melanggar hukum Allah Yang Maha Tinggi. Kedua, dia bersalah terhadap suaminya. Ketiga, dia berzina seperti pelacur dan melahirkan anak daripada lelaki yang bukan suaminya.