2 Semoga fikiranku dikendalikan dengan cemeti kebijaksanaan untuk menertibkan hatiku. Aku tidak mahu dibiarkan kalau aku salah, dan aku tidak ingin satu dosa pun terlepas daripada pengawasan-Nya.
3 Maka kesalahan dan dosaku tidak akan bertambah-tambah. Aku tidak akan jatuh ke tangan musuh dan ditertawakan mereka.
4 Ya Tuhan, Bapa dan Allah hidupku, jagalah aku supaya tidak menjadi bongkak.
5 Lindungilah aku daripada keinginan jahat.
6 Jangan biarkan aku dikuasai ketamakan dan nafsu berahi. Jangan serahkan aku kepada nafsu-nafsu yang memalukan.
7 Anak-anakku, dengarlah ajaranku tentang tutur bahasa yang betul. Orang yang mengikuti ajaranku tidak akan terjebak.
8 Orang yang berdosa, orang bongkak, dan pemfitnah terjerat oleh kata-kata mereka sendiri.