23 Pertama, wanita itu melanggar hukum Allah Yang Maha Tinggi. Kedua, dia bersalah terhadap suaminya. Ketiga, dia berzina seperti pelacur dan melahirkan anak daripada lelaki yang bukan suaminya.
24 Dia sendiri akan dibawa ke hadapan umat dan diperiksa sama ada anak-anaknya sah.
25 Mereka tidak akan mendapat tempat dalam masyarakat dan tidak dapat mendirikan keluarga.
26 Wanita itu akan kehilangan kehormatannya untuk selama-lamanya. Sesudah dia mati, namanya akan dikutuk.
27 Maka semua orang akan insaf bahawa tidak ada yang lebih baik daripada hidup bertakwa, dan tidak ada yang lebih manis daripada mentaati perintah Tuhan.