9 Jangan biasakan diri untuk bersumpah dan menyebut nama Allah yang suci.
10 Seorang hamba yang sentiasa disebat tidak akan terlepas daripada bilur-bilur. Begitu juga orang yang terus-menerus bersumpah demi nama Tuhan tidak akan dibersihkan daripada dosa.
11 Seorang yang sering bersumpah banyak dosanya, dan rumah tangganya tidak akan terlepas daripada seksaan. Kalau dia bersalah, dia dibebani dosanya. Kalau dia meremehkan kesalahannya, dosanya berganda. Kalau dia bersumpah dusta, dia tidak dapat diampuni dan keluarganya akan ditimpa bencana.
12 Ada suatu cara bercakap yang dapat disamakan dengan maut. Semoga di kalangan orang Israel tidak ada yang bercakap demikian. Orang salih menjauhi kelakuan semacam itu dan tidak berkubang dalam dosa.
13 Jangan biasakan diri bercakap kasar dan kotor, oleh sebab hal itu dosa.
14 Ingatlah bapa dan ibumu pada waktu engkau berkumpul dengan orang terkemuka. Jangan sampai engkau lupa diri lalu dipermalukan di hadapan mereka kerana kebiasaanmu yang buruk. Nanti engkau mengutuk hari kelahiranmu dan ingin agar engkau tidak pernah dilahirkan.
15 Seorang yang sudah biasa menggunakan bahasa yang tidak senonoh tidak dapat diperbaiki seumur hidupnya.