28 Manusia yang pertama tidak mengenal kebijaksanaan dengan sempurna, dan manusia terakhir pun tidak akan menyelaminya,
29 oleh sebab fikirannya lebih berisi daripada samudera dan nasihatnya lebih dalam daripada samudera raya di bawah bumi.
30 Aku ini seperti parit yang mengalirkan air dari sungai ke taman.
31 Aku bermaksud mengairi kebunku dan petak persemaianku. Tetapi tiba-tiba paritku menjadi sungai, dan sungai menjadi laut.
32 Aku mahu memancarkan ajaranku supaya terlihat sehingga jauh seperti fajar.
33 Aku mahu menyiarkan ajaranku sebagai nubuat dan mewariskannya kepada semua generasi yang akan datang.
34 Ketahuilah bahawa aku tidak berjerih payah bagi diriku sendiri, tetapi bagi semua orang yang ingin menjadi bijaksana.