1 Seorang yang membalas dendam akan dibalas oleh Tuhan. Tuhan menghitung dosanya.
2 Tetapi seorang yang mengampunkan kesalahan orang lain akan diampuni jika dia berdoa.
3 Seorang yang dendam terhadap orang lain tidak dapat mengharapkan pengampunan daripada Tuhan.
4 Kalau dia tidak mahu mengampuni seorang manusia seperti dia, jangan dia berdoa supaya dosa-dosanya diampunkan.
5 Kalau seorang manusia yang lemah menyimpan dendam, dia tidak usah mengharapkan pengampunan bagi dosa-dosanya.