10 Semakin banyak bahan bakarnya, semakin panas nyala apinya. Semakin tegar hati orang, semakin sengit pertengkaran mereka. Semakin besar kekuasaan orang, semakin hebat kemarahan mereka. Semakin banyak kekayaan mereka, semakin dahsyat ledakan geram mereka.
11 Pertikaian yang berkobar dengan tiba-tiba mengakibatkan pertumpahan darah.
12 Kalau bunga api ditiup, apinya berpijar. Kalau diludahi, apinya padam. Kedua-duanya dilakukan dengan mulut.
13 Seorang yang suka berbohong dan menyebarkan fitnah harus dikutuk kerana dia menyebabkan kejatuhan banyak orang yang hidup tenteram.
14 Seorang yang suka memfitnah menggoncangkan banyak orang dan membuat mereka mengembara dari negeri ke negeri. Kota-kota yang kuat telah dihancurkannya dan keluarga para pembesar dimusnahkannya.
15 Oleh sebab fitnah, isteri-isteri yang berbudi diceraikan dan hasil jerih payah mereka dirampas.
16 Orang yang mendengar fitnah tidak akan menemukan ketenangan dan ketenteraman hati.