15 Oleh sebab fitnah, isteri-isteri yang berbudi diceraikan dan hasil jerih payah mereka dirampas.
16 Orang yang mendengar fitnah tidak akan menemukan ketenangan dan ketenteraman hati.
17 Sebatan dengan cambuk menyebabkan bilur, tetapi kata-kata jahat mematahkan tulang.
18 Banyak orang jatuh kerana pedang, tetapi lebih banyak yang jatuh kerana lidah.
19-20 Berbahagialah orang yang terhindar daripada kemarahan pemfitnah, dan berbahagia pula orang yang tidak memikul beban seberat besi dan yang tidak terikat kakinya dengan rantai gangsa.
21 Kata-kata jahat menyebabkan orang mati dengan sengsara, tetapi bagi mereka lebih baik mati daripada hidup.
22 Orang salih tidak dapat dikuasai oleh fitnah dan tidak akan terbakar oleh apinya.