16 Orang yang mendengar fitnah tidak akan menemukan ketenangan dan ketenteraman hati.
17 Sebatan dengan cambuk menyebabkan bilur, tetapi kata-kata jahat mematahkan tulang.
18 Banyak orang jatuh kerana pedang, tetapi lebih banyak yang jatuh kerana lidah.
19-20 Berbahagialah orang yang terhindar daripada kemarahan pemfitnah, dan berbahagia pula orang yang tidak memikul beban seberat besi dan yang tidak terikat kakinya dengan rantai gangsa.
21 Kata-kata jahat menyebabkan orang mati dengan sengsara, tetapi bagi mereka lebih baik mati daripada hidup.
22 Orang salih tidak dapat dikuasai oleh fitnah dan tidak akan terbakar oleh apinya.
23 Orang yang meninggalkan Tuhan akan menjadi mangsa fitnah. Sekali api fitnah dinyalakan antara mereka, api itu tidak dapat dipadamkan lagi. Fitnah itu dikirim kepada mereka seperti singa yang menyerang dan seperti harimau bintang yang mencarik-carik.