18 Banyak orang jatuh kerana pedang, tetapi lebih banyak yang jatuh kerana lidah.
19-20 Berbahagialah orang yang terhindar daripada kemarahan pemfitnah, dan berbahagia pula orang yang tidak memikul beban seberat besi dan yang tidak terikat kakinya dengan rantai gangsa.
21 Kata-kata jahat menyebabkan orang mati dengan sengsara, tetapi bagi mereka lebih baik mati daripada hidup.
22 Orang salih tidak dapat dikuasai oleh fitnah dan tidak akan terbakar oleh apinya.
23 Orang yang meninggalkan Tuhan akan menjadi mangsa fitnah. Sekali api fitnah dinyalakan antara mereka, api itu tidak dapat dipadamkan lagi. Fitnah itu dikirim kepada mereka seperti singa yang menyerang dan seperti harimau bintang yang mencarik-carik.
24 Bukankah tanah milikmu kaupagari dan wangmu kausimpan di tempat yang terkunci?
25 Begitu juga hendaknya engkau berhati-hati dengan perkataanmu. Timbanglah setiap perkataan dan tutuplah mulutmu dengan rapat.