3 Seorang yang dendam terhadap orang lain tidak dapat mengharapkan pengampunan daripada Tuhan.
4 Kalau dia tidak mahu mengampuni seorang manusia seperti dia, jangan dia berdoa supaya dosa-dosanya diampunkan.
5 Kalau seorang manusia yang lemah menyimpan dendam, dia tidak usah mengharapkan pengampunan bagi dosa-dosanya.
6 Ingatlah bahawa suatu ketika engkau akan mati dan tubuhmu menjadi busuk. Oleh itu hentikanlah permusuhan dan taatilah semua perintah.
7 Ingatlah perintah Tuhan dan jangan berdendam terhadap sesama manusia. Ingatlah perjanjian Allah Yang Maha Tinggi dan maafkanlah kesalahan orang.
8 Orang yang menjauhi pertengkaran tidak akan banyak berbuat dosa, kerana pertikaian dikobarkan oleh orang yang panas hati.
9 Seorang yang berdosa mengacaukan persahabatan; dia menimbulkan permusuhan di kalangan orang yang hidup rukun.