7 Ingatlah perintah Tuhan dan jangan berdendam terhadap sesama manusia. Ingatlah perjanjian Allah Yang Maha Tinggi dan maafkanlah kesalahan orang.
8 Orang yang menjauhi pertengkaran tidak akan banyak berbuat dosa, kerana pertikaian dikobarkan oleh orang yang panas hati.
9 Seorang yang berdosa mengacaukan persahabatan; dia menimbulkan permusuhan di kalangan orang yang hidup rukun.
10 Semakin banyak bahan bakarnya, semakin panas nyala apinya. Semakin tegar hati orang, semakin sengit pertengkaran mereka. Semakin besar kekuasaan orang, semakin hebat kemarahan mereka. Semakin banyak kekayaan mereka, semakin dahsyat ledakan geram mereka.
11 Pertikaian yang berkobar dengan tiba-tiba mengakibatkan pertumpahan darah.
12 Kalau bunga api ditiup, apinya berpijar. Kalau diludahi, apinya padam. Kedua-duanya dilakukan dengan mulut.
13 Seorang yang suka berbohong dan menyebarkan fitnah harus dikutuk kerana dia menyebabkan kejatuhan banyak orang yang hidup tenteram.