1 Jika engkau dijadikan pemimpin perjamuan, jangan berlagak seperti orang penting. Berbuatlah seperti orang lain dan layanilah tamu-tamu sebelum engkau sendiri duduk.
2 Sesudah melakukan semua kewajipanmu, barulah engkau boleh duduk dan bersenang-senang bersama dengan yang lain. Maka engkau akan dihormati kerana menjalankan tugasmu dengan baik.
3 Jika engkau sudah tua, engkau boleh bercakap, kerana hal itu hakmu. Tetapi kamu hendaklah bercakap seperti orang yang berpengetahuan dan jangan ganggu muzik.
4 Jangan bercakap sementara hiburan berlangsung; saat itu tidak tepat untuk menunjukkan kebijaksanaanmu.