10 Seperti halilintar mendahului guruh, begitu juga nama baik mendahului orang yang rendah hati.
11 Tinggalkanlah pesta pada waktunya dan jangan balik paling akhir. Jangan menunggu-nunggu di pintu, tetapi beranjaklah dengan segera.
12 Di rumahmu engkau dapat bersenda gurau dan berbuat sekehendak hatimu, tetapi jangan berdosa kerana berbual.
13 Selain itu bersyukurlah kepada Penciptamu yang telah melimpahi engkau dengan anugerah-anugerah yang baik.
14 Orang yang takut kepada Tuhan menerima teguran-Nya. Tuhan memberkati orang yang bangun pagi-pagi untuk berdoa kepada-Nya.
15 Sesiapa yang menyelidiki Taurat akan diresapi oleh Taurat. Tetapi orang yang berpura-pura akan jatuh kerananya.
16 Orang yang takut kepada Tuhan tahu apa yang tepat, dan mereka terkenal kerana perbuatan yang baik.