15 Sesiapa yang menyelidiki Taurat akan diresapi oleh Taurat. Tetapi orang yang berpura-pura akan jatuh kerananya.
16 Orang yang takut kepada Tuhan tahu apa yang tepat, dan mereka terkenal kerana perbuatan yang baik.
17 Orang yang berdosa tidak mahu menerima teguran, dan mentafsirkan Taurat menurut kemahuan sendiri.
18 Orang yang arif mempertimbangkan setiap pendapat, sedangkan orang yang sangat sombong dan orang yang bongkak tidak tahu erti malu.
19 Berfikirlah sebelum bertindak, maka engkau tidak perlu menyesali perbuatanmu.
20 Jangan tempuh jalan yang bahaya supaya engkau tidak tersandung pada batu-batunya.
21 Jangan berasa terlalu yakin di jalan yang belum dikenal.